Pasti ada yang tertanya-tanya siapakah wanita ini. Inilah bonda saya yang tercinta ,Puan Rapiah binti Nawi. Beliau merupakan seorang wanita istimewa kerana bersifat sabar dan tabah. Apa yang melucukan, gambar yang sama (yang belum diedit) saya framekan dan letak di meja kerja. Setiap kali rakan2 sekerja singgah ke meja, pastilah bertanya bila masa saya ambil gambar ini. Hendak dikatakan wajah kami seiras, pada saya tidaklah pula, mungkin pada mata saja.
Gambar lama ini saya gubah menjadi montaj. Asalnya saya mahu jadikan wallpaper di dekstop komputer. Bagaimanapun, bila melihat hasilnya, saya terus cetak dan simpan di dalam foto album sebagai kenangan.
Sekiranya anda ada foto2 lama, ibu bapa atau keluarga yang memerlukan gubahan dari saya, bolehlah hubungi saya. Pasti ada yang tertanya2 bagaimana hendak serahkan gambar lama? Pastilah jadi kesayangan kerana foto lama kebanyakkannya dicetak sekali sahaja.
Jawapan mudah, anda scan atau shot menggunakan kamera digital. Bagaimanapun pastikan resolusi gambar tinggi dan kualiti gambar jelas kerana foto yang malap akan menyukarkan kerja2 pengubahsuaian dan penghasilan wallpaper. Cadangan terbaik adalah mengimbas gambar menggunakan scanner. Gunakan resolusi yang tinggi. Seterusnya emailkan kepada saya. Langkah seterusnya serahkan saja pada saya.